CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Tuesday, April 1, 2008

>>Rasulullah<<

In The Name of Allah The Most Gracious & The Most Merciful…

Pada tarikh 29 Mac baru2 ini, ana+Izyan berpeluang menghadirkan diri dlm usrah KRJ Daerah Hulu Langat yg dinamakan Duduk Dalam Iman atau lebih dikenali sbg DDI. Kali ini, pengisian dlm DDI telah disampaikan oleh Dr. Hafidzi Mohd Noor …Tajuknya ialah…INSAN YG PALING SAYANG PADA KITA… Bersempena malidur rasul pd 12 rabiul awal yg lalu…

Dr Hafidzi telah memulakan pengisiannya dgn menyatakan perbezaan Kalendar Hijrah vs. Kalendar Gregorian..Then, beliau bertanya… “siapa yg tahu birthday sendiri ikut calendar hijrah?” (ana+Izyan terdiam.. sbb kitorang tau =D) melihatkan keadaan cmtu(xde sape tau) , beliau mencabar kami utk cari tarikh lahir ikut calendar hijrah….hmm..nak tanye jgak.. antum tau ke tarikh lahir sendiri ikut calendar hijrah? Kalu xtau, boleh la ke web site ni http://www.rabiah.com/convert/convert.php3 (jgn terkejut kalu umur sebenar antum lebih tua dari umur sekarang!! )

Then, beliau tanya lagi.. “boleh ke x kita sambut maulud Nabi ni? Sebab Baginda+sahabat2nya xpernah pun sambut birthday Baginda..” Boleh ke x? jawapannya…BOLEH… sbb dgn itu, bermaksud, kita beriman(percaya) pada Nabi Muhammad s.a.w…Berdasarkan Hadis—“kamu x beriman shgga kemahuannya, mengikut ajaran (sunnah)….

Kemudian, satu lagi persoalan timbul… Bagaimana nak bwat diri kita utk ikut perintah Rasul Allah s.a.w ?? ada 3 cara..kalu kita ikut, insya Allah ada ganjaran menanti kita~
1- Meletakkan cinta pada Allah & Nabi Muhammad s.a.w paling atas
2- Cinta pd orang lain semata2 krn Allah & Nabi Muhammad s.a.w (maksudnya, pastikan org yg kita sayang [family/friends] taat pd Allah…bila dia bwat maksiat, kita kena tegur…bukannya makin biar dia bwat sesuka hati dia)
3- Benci melakukan kejahatan spt bencinya dicampak ke dlm api neraka

Seperti yg kita tau…Nabi Muhammad s.a.w sgt mencintai ummatnya…spt yg biasa diceritakan, iaitu kisah pd saat kewafatan junjungan kecintaan kita…walaupun baginda berada di sebelah Aisyah (insan yg paling disayangi Baginda) ttpi, baginda tetap menyebut…ummati (ummatku)…ummati (ummatku)… huhu..sampai mcm tu skali ~Hargailah cinta Baginda pd kita..Banyakkanlah berselawat & tingkatkan sensitiviti kita bila ada yg menghina Baginda~

Dr. Hafidzi jga ada menceritakan sebuah kisah yg menimbulkan persoalan… ‘Di manakah Kekasihku?’ kisahnya bermula ketika Nabi sedang berkumpul bersama sahabat2 Baginda.. dgn secara tiba2, Baginda bangun & keadaan Baginda seprti orang yg kehilangan (mencari2 seseorang). Kemudian, sahabat2 bertanya.. “Mengapa wahai Rasulallah?” Baginda menjawab “aku sedang mencari kekasihku..Di manakah kekasihku?” sahabat2 pun berkata “bukankah kami ini kekasihmu?” Baginda menjawab “bukan..kalian bukanlah kekasihku…Kekasihku ialah mereka yg beriman dgnku tetapi xpernah berjumpa & xpernah melihat diriku”……agak2nya, siapakah kekasih Rasulullah yg dinyatakan itu?? Tentu skali KITA!! Kita yg hidup pada zaman selepas kewafatan Nabi…xpernah melihat tubuh badan Baginda tetapi beriman & mengamalkan ajaran Baginda…Alhamdulillah.. jika kita betul2 beriman pd Nabi Muhammad, jadilah kita kekasih yg Baginda cari2 itu… Moga kita akan mendapat syafaat Baginda di akhirat sana…Ameen~



Aakhirul kalam...
**Jika kita ditakdirkan tidak punya siapa2 di dunia ini, maka, cukuplah Nabi bagi kita**


Wallahua’lam