CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Wednesday, March 26, 2008

::Baby Sitter::

Assalamualaikum...

Memandangkan ana+izyan baru balik dari Port Dickson, nak share la pics kami kat sana..Actually, kami diberi amanah utk menjaga anak2 mllmh sms kursus guru di PD pd 20-22 mac baru2 ni.. guess what..ana smpi demam jga budak2 tu..da lame xjaga baby agaknye..hee

K, enjoy the pics! =P


Muhd Fariz Hadif



Me+Hadif



Hamzah



Izyan+Hamzah



Izyan+Fatimah



Baby sitters




Itu je kot pics kami bwat masa ni..antuma bile lagi?? =D
Till we meet again!!
Wassalam~

Monday, March 10, 2008

Friday, March 7, 2008

~Virus PINK!!~

Pernah tidak anda membuka komputer hati, dan menemukan sebuah virus yang menganggu program-program dan file-file di komputer hati kita? Virus yang bagaimana?Virus yang sentiasa membuatkan hati tidak tenang namun suka dan cemburu tapi cinta.

Jika pernah, pasti virusitu virus merah jambu. Hendak tahu virus apakah itu?Virus merah jambu atau virus cinta adalah salah satujenis virus ganas yang mengakibatkan penyakit hatipada diri kita, ia juga dapat merebak ke seluruhnetwork tubuh dan sangat sukar dihilangkan.

Dari pelbagai kes yang pernah ditemukan, ternyata virus inibanyak berlaku pada usia-usia remaja sekitar umurbelasan tahun. Lebih tepatnya virus ini banyakmenjangkiti para remaja yang tidak mempunyai sistem"firewall" berupa software Iman.Tapi survei juga ada membuktikan juga, walaupun para remaja tersebut memiliki software Iman pun, namunkerana jarang membuka file C:\Iman\CintaIlahi. Exeataufile C:\Iman\Rajinibadah .doc yang berada di dalam paket software tersebut, maka akhirnya remaja-remajatersebut terkena juga dengan virus merah jambu yangmenjalar ke seluruh komputer hati mereka.

Kebiasaannya ia akan bermula dengan penurunan iman secara berperingka- peringkat.Maka, jika sedemikian jadinya, apa yang akan berlakuseterusnya? Maka mulailah virus ini bekerja menganggusistem, program-program, dan file-file kita denganselalu menampilkan gambar syaitan yang tertawa lebar,gembira melihat kegagalan kita meraih keredhaanNya.

Namun banyak juga yang suka dengan kemunculan syaitan tersebut. Pada akhirnya virus ini membuat pusat sistem otak saraf dan akal mereka menjadi "hang" serta tidakdapat berfungsi secara normal. Jika hal seperti initerjadi, maka virus ini akhirnya dapat mengalahkansistem otak syaraf dan akal yang kita miliki. Pada waktu itu juga, kita akan sentiasa menjadikan cinta pada sesama manusia sebagai nombor satu, dan menjadikan cinta kepada Ilahi sebagai nombor dua.Tapi apakah itu semua dapat dicegah??? Bagaimanakah pula caranya? Yang pasti, jawapannya ialah ya. Ianyaperlu dilakukan secara berperingkat- peringkat.

Pastikan pertamanya anda hilangkan dahulu file-file yang dapat menjadi pintu masuk virus ini, misalnyafile "cintadunia. exe". Lalu masukan disket anti virusyang berisi file "syaksiah. exe" yang akan membersihkan sedikit demi sedikit virus merah jambu sampai ke akar-akarnya apabila file tersebut dijalankan. Jika anti virus tersebut tidak berhasil,maka anda perlu menginstall kembali software "iman".Anda juga boleh pergi ke kajian-kajian yang menawarkan khidmat muat turun "installer iman" secara percuma.Atau anda juga boleh membeli "disket installer" berisifile "Aqidah.exe" atau "Imankuat.doc" .

Jika sudahberhasil diinstall, pastikan komputer hati anda bekerja dengan normal kembali. Dan supaya tidak terulang kembali, maka seringlah membuka file dakwah.exe dan ukhuwwah.doc agar hati kita sentiasa jernih dan sentiasa BERSIH...



--Gambar Hiasan--



by: ust maszlee malik

وصية لالشباب

Dengarlah wahai remaja Islam,
Nasihat disemat di dalam hati,
Sebarkan dakwah ke seluruh alam,
Moga menjadi muslim sejati,

Pergi ke hutan mencari bunga,
Bunga yang dijumpai harum baunya,
Sayang pada Ilahi lebih mulia,
Cinta pada Yang Esa lebih utama.

Buat baik berpada-pada,
Buat jahat jangan sesekali,
Hidup di dunia hanya sementara,
Akhirat jua yang kekal abadi.

Batas pergaulan mesti dijaga,
Sunnah Rasulullah mesti diamalkan,
Detik muda detik berharga,
Jangan biar ia disia-siakan.

Pegi merantau menaiki sampan,
Dalam perjalanan bertemu Hang Jebat,
Nasihat ibu bapa dilupa jangan,
Menjadi ingatan sepanjang hayat.


Abu memancing ikan haruan,
Pergi memancing bersama Tok Wan,
Berhati-hatilah mencari kawan,
Kelak tidak menjadi lawan.

Naik kapal terbang pergi Australia,
Naik kereta menuju ke Singapura,
Budi bahasa budaya kita,
Marilah kita mengamalkannya.


Adik ke taman bermain buaian,
Bermain di taman bersama rakan,
Usaha itu tangga kejayaan,
Rajinlah berusaha demi masa depan.


Karya oleh: LIMA

Saturday, March 1, 2008

salam..pembuka kata

salam buat LIMA...

this is our first blog.. hihi.. hope blog ni mmberi mnfaat bukan shj kpd kita tp kpd org lain juga. Dlm blog ni akan dimuatkan dgn karya2 or hasil penulisan dr LIMA & artikel2 menarik yg ingin dkongsi bersama.. bole juga kalu nak berkongsi pengalaman yg menarik.. time study ke.. anything.. btw, hope all of u have fun & get a lot of info in this blog.. wallahua'lam :)